7) MEMPERBAHARUI PAPAN TANDA MASJID
Selain itu, pihak masjid harus memperbaharu papan tanda masjid ini dengan lebih besar, menggunakan font yang juga lebih besar dan warna yang menarik minat orang untuk ke masjid. Hal ini memudahkan pelancong dari luar negeri untuk mencari masjid di kawasan yamg berdekatan dan juga memudahkan orang mencari lokasi masjid tersebut di dalam maps/peta. Jika papan tanda seperti gambar di atas dikekalkan, orang ramai susah untuk mencari keberadaan masjid tersebut kerana warna yang yang sudah luntur, kualitinya yang semakin terhakis dan kelamaannya akan tercabut dan hilang.
8) MENULIS JADUAL KULIAH DENGAN LEBIH BAIK DAN JELAS.
Akhir sekali, menulis jadual kuliah dengan lebih jelas, baik dan tepat haruslah dijalankan dengan tanggungjawab yang betul dan saksama. Hal ini kerana dengan informasi yang tepat dan juga yang betul dapat membuatkan jemaah yang hadir untuk menentukan masa yang sesuai untuk mereka menyertai kuliah tersebut dengan berjadual rutin. Contohnya, untuk golongan yang bekerja, mereka boleh mengosongkan jadual perkerjaan mereka untuk menghadiri kuliah tersebut atau pekerja yang makan gaji boleh melihat jadual kuliah yang diadakan pada masa mereka tidak bekerja.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan