KESIMPULAN/RUMUSAN


 Kesimpulannya, masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah, tetapi juga boleh digunakan untuk membantu memperkembangkan kehidupan masyarakat Islam dalam kemajuan ummah.Kita juga harus menjadikan masjid sebagai institusi yang penting sepanjang sejarah hidup seseorang yang menjadikannya sentiasa dikenang dalam ingatan individu tersebut lantas tidak menjadikan masjid sebagai sesuatu yang asing.Oleh itu,masjid adalah penting untuk generasi terkini atau akan datang. Berdasarkan blog yang telah kami sediakan peranan pihak berkuasa masjid amatlah penting untuk menarik orang ramai untuk datang ke masjid terutama sekali remaja-remaja diluar sana. 

Antara peranan yang boleh dijalankan oleh pihak masjid seperti membaik pulih infrastruktur di masjid agar jemaah yang datang akan lebih selasa. Selain itu , pihak masjid perlu menyediakan jadual kebersihan agar kebersihan masjid lebih terjaga. Hal ini supaya jemaah yang datang lebih yakin untuk menggunakan masjid tersebut sebagai tempat beribadah. Seterusnya, pihak masjid juga perlu menyediakan kemudahan di masjid seperti kain sembahyang,  al quran dan sebagainya agar dapat memudahkan urusan para jemaah yang datang. Pelaksanaan pelbagai jenis kemudahan di masjid akan memberikan keselesaan kepada para jemaah, hal ini akan menarik lebih ramai orang untuk datang beribadah di masjid.

Akhir kata, pihak masjid memainkan peranan yang amat penting untuk menarik masyarakat kita untuk datang berjemaah di masjid. Selain itu, masyarakat kita terutama remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan cinta akan agamanya maka dengan itu marilah sama-sama kita tunjukkan kekuatan perpaduan umat Islam dan kesefahaman yang kita miliki berteraskan Allah SWT dengan menghadirkan diri ke masjid untuk menjalankan aktiviti solat berjemaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

 TUGASAN BERDASARKAN MASALAH:  Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang tua. Berdasarkan mas...