PENAMBAHBAIKAN (2)

 4) MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR BAHARU



Pihak masjid haruslah memperbaiki infrastruktur yang rosak seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Contoh memperbaiki infrastruktur adalah dengan meruntuhkan dinding yang sudah terbelah dua ini lalu mendirikan dinding yang baharu malah seharusnya lebih kukuh dan gagah. Lantai di kawasan tandas juga haruslah ditukar dengan mozek yang baharu agar jemaah yang ingin ke tandas tidak akan tergelincir kerana mozek lantai yang tercabut dan pecah. Hal ini harus dilakukan agar masjid tidak runtuh secara perlahan-perlahan dan akan meragut nyawa jemaah yang datang. Tindakan ini harus diambil tindakan segera seperti mencegah lebih baik daripada mengubati yang membawa maksud lebih baik mencegah masjid runtuh dan juga mozek lantai yang pecah daripada kita harus kehilangan nyawa jemaah masjid.



5) MENAMBAHBAIKAN TEMPAT WUDUK



Pihak masjid mestilah melakukan penambahbaikan di tempat wuduk. Contohnya, menambahkan tikar getah di kedua tempat mengambil wuduk ini. Hal ini kerana dengan adanya bantuan tikar getah yang diperbuat daripada getah dan plastik ini juga dapat membantu mengurangkan kejadian tidak diingini terjadi seperti jatuh kerana lantainya licin. Tikar getah ini merupakan tikar getah antisplit yang mana walau terkena air, tikar tersebut tidak akan bergerak dan boleh menyebabkan geseran antara kaki jemaah yang basah dan juga tikar getah itu berkurang. Tikar itu juga direka bentuk bulatan yang boleh membantu kaki jemaah yang basah untuk mencengkam dan mengurangkan kecederaan jemaah untuk jatuh ketika mengambil wuduk.



6) MENYEDIAKAN AL-QURAN, REHAL, TELEKUNG DAN LANGSIR YANG BARU.




Seterusnya, seperti yang dilihat di gambar di atas dapat dilihat bahawa almari tempat menyimpan telekung tidak tersusun rapi dan juga telekung itu terlihat sangat lama, tempat penyimpanan rehal dan al-quran juga tidak disusun rapi dan sangat lama. Pihak masjid haruslah menukarkan telekung, rehal, al-quran dan juga langsir di tempat solat wanita ditukar baharu. Hal ini kerana dengan adanya kelengkapan baharu yang secukupnya boleh menarik minat orang ramai untuk ke masjid dan juga dengan langsir nipis yang ditukar  kepada sedikit lebih tebal, boleh mengelakkan hal tidak diingini berlalu dan jemaah wanita juga boleh menjaga auratnya daripada dilihat orang ramai yang bukan mahram mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

 TUGASAN BERDASARKAN MASALAH:  Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang tua. Berdasarkan mas...