PENGENALAN


 

Masjid yang kami kunjungi pada hari Jumaat diberi nama Masjid Mukim Pangkal Meleret (lama) . Hal ini kerana, terdapat satu lagi masjid baru dengan nama yang sama. Masjid lama ini sangat berbeza dengan masjid yang baharu kerana masjid ini berada di dalam kawasan kampung yang bermaksud sedikit sukar untuk menemuinya manakala Masjid Mukim yang baharu terletak berhadapan dengan beberapa buah kedai kecil yang menjual alat tulis, makanan dan minuman begitu juga kedai runcit malah berada di sebelah jalanraya yang sibuk dengan kenderaan ulang-alik disitu. Alamat penuh masjid ini adalah, Masjid Mukim Pangkal Meleret 18500 Machang, Kelantan. Warna di luar masjid ini adalah berwarna biru manakala di dalamnya di cat berwarna merah jambu. 


Terdapat banyak hal yang tidak menyenangkan ketika kami mengunjungi masjid ini antaranya ialah kebersihan masjid yang tidak terjaga kerana adanya sampah sarap, tompokan bekas kebakaran dan juga tempat memasak yang sepertinya sudah lama tidak diuruskan. Selain itu, terdapat juga retakan di bangunan dan juga retakan di mozek lantai kawasan tandas. Seterusnya, barang-barang yang tidak disimpan di tempat yang sepatutnya dan juga lantai simen yng tidak ada perlindungan yang boleh menyebabkan jemaah masjid jatuh dan juga keselamatan mereka tidak terjamin. Akhir sekali, terdapat bekas cat yang telah digunakan dan juga zink atap rumah yang ditinggalkan yang memungkinkan kemalangan berlaku di kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

 TUGASAN BERDASARKAN MASALAH:  Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang tua. Berdasarkan mas...