1. MENYEDIAKAN BILIK SIMPANAN BARANG.
Pihak masjid haruslah menyediakan satu bilik simpanan di masjid ini. Hal ini kerana, terdapat banyak barang-barang yang tidak sepatutnya berada di tempat seharusnya dia berada. Contohnya seperti gambar di atas, tangga mudah alih itu berada di dalam tempat solat bahagian perempuan manakala tandas, cat dan juga kayu berada di bahagian dalam tandas. Bilik simpanan amat penting bagi mengelakkan jemaah masjid yang datang untuk solat mengalami kecederaan jika terjatuhnya barang tersebut kerana tidak ditempatkan di tempat yang tepat.
2. MENYEDIAKAN JADUAL KEBERSIHAN.
Pihak masjid boleh mengumpulkan orang-orang kampung untuk berbincang bagi membangunkan satu carta organisasi atau satu organisasi ahlijawatankuasa untuk menjalankan tugas masing-masing. Contohnya, membersihkan kawasan masjid, kawasan tempat wuduk dan juga kawasan di dalam tandas. Hal ini kerana dengan menjaga kebersihan masjid, kita dapat menjaga imej masjid sebagai tempat suci yang kita gunakan untuk beribadah dan juga dengan penambahbaikan ini juga dapat mengelakkan masjid ini menjadi masjid yang terbiar dan juga mengelakkan penyakit berjangkit atau tidak berjangkit kepada jemaah yang datang ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.
3) MEMBUANG BARANG YANG BERBAHAYA.
Pihak masjid haruslah membuang alatan atau barang yang tidak dingini agar dapat menjaga keselamatan jemaah masjid dan juga turut menjaga imej masjid. Hal ini kerana jika terdapat barang buangan seperti gambar di atas iaitu zink-zink atap besi dan juga bekas cat yang dilonggokan boleh menyebabkan haiwan-haiwan liar seperti ular menetap di bahan buangan tersebut kerana itu merupakan habitat mereka. Zink-zink tersebut sangat berbahaya kerana bersifat besi yang boleh menyebabkan kecederaan parah jika ada jemaah dari golongan kanak-kanak bermain di kawasan itu lalu terjatuh.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan